Aku sedar bahawa aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana susah. Kehidupan susah senang semua dapat ku rasakan sepanjang kehidupanku. Aku tidak pernah gentar dengan apa yang telah, sudah dan akan berlaku dalam kehidupanku walau susah senang sekalipun. Aku akan hadapi dengan penuh tabah dan sabar. Segala kesabaran akan beroleh keredaan dari Allah. Aku sentiasa menerima segala qada' dan qadar dari Allah dalam kehidupanku. Semuanya akan mendapat nikmat dari Allah satu hari nanti.
Sebagai seorang insan kerdil, aku memang tidak pandai untuk bercinta. Sejak zaman remaja lagi aku amat malu dengan kaum wanita. Sifat maluku membuatkan diriku tiada pernah bercinta dengan sesiapapun sehingga aku berkahwinpun pihak keluarga yang tolong carikan. Selama lebih 25 tahun aku berumah tangga tetapi nikmat cinta memang tidak pernah aku rasa. Aku hanya menunaikan tanggung jawabku sebagai suami kepada isteriku dan bapa kepada anak anakku. Isteriku juga bukanlah seorang yang pandai tentang cinta lebih lagi bukanlah seorang yang berjiwa romantik. Dalam hatiku memang ada perasaan tersebut tetapi isteriku tidak suka dengan situasi demikian. Dalam hubungan suami isteri, aku hanya dapat menunaikan tanggung jawabku mengikut kehendaknya tanpa ada perasaan cinta dan romantik. Aku memang teringin seperti insan lain tetapi isteriku tidak mahu dengan cara sedemikian. Aku terpaksa sabar dan memendam rasa dengan apa yangku inginkan walau kekecewaan sentiasa melanda jiwaku setiap masa ingin bersama. Walau apapun aku tetap bersyukur dengan kurniaan Allah kerana aku telah dikurniakan empat orang zuriat dua lelaki dan dua wanita. Walau anak anakku kini sudah meningkat dewasa, namun sikap isteriku masih sama malah kurang dapat melayanku seperti isteri lain. Walau dalam hati rasa kecewa, namun aku tetap bersabar dengan apa yang telah berlaku. Aku tetap boleh bertahan kerana dalam kehidupanku, walau pahit dan getir sekalipun, aku tetap pertahankan demi masa depan anak anakku. Biar satu hari nanti mereka boleh menjadi anak anak yang soleh dan solehah. Walau sehingga saat ini aku kurang mendapat kasih sayang dari mereka, namun aku tetap menyayangi mereka semua.
Suatu hari, ketika aku cuba cuba ingin mencari ketenangan, aku telah dapat mengenali seorang gadis dalam laman siber. Dia adalah gadis A yang berasal dari utara. Setiap hari aku berhubung melalui hp selalunya waktu malam. Dipendekkan cerita, aku mula rapat dengan gadis tersebut sehinggalah hampir setiap hari kami sentiasa berhubung melalui hp dan msg. Aku tidak pernah tanya betul atau tidak namanya A seperti yang dinyatakan. Akhirnya aku tahu bahawa nama sebenarnya adalah Z. Aku tidak kisah semua itu kerana aku belum pernah bertemupun dengan gadis yang dimaksudkan. Dalam setiap hari kami berhubung, aku merasakan seperti tidak kisah dengan gadis tersebut walau apa yang sebenarnya gadis tersebut telah mula menyayangiku. Aku sering memberikan pelbagai alasan untuk aku kurang berhubung dengannya. Akhirnya kami mula bertengkar dan kami terputus hubungan beberapa bulan lamanya. Aku memang mempunyai pelbagai masaalah kewangan dan keluarga ketika itu. Entah bagaimana, tiba tiba gadis A muncul semula dengan tuturkata sopan untuk menyambung semula hubungan kami. Aku meletakkan pelbagai janji kerana mungkin dia tahu aku sudah berkeluarga yang sebelum itu belum pernah aku ceritakan kepadanya. Dia setuju dengan keadaan diriku dan keluargaku. Akhirnya kami merancang untuk bertemu di tempatnya. Bila janji untuk bertemu sudah dibuat, akhirnya aku ketempatnya pada awal pagi lagi. Bila pertemuan telah dibuat, akhirnya aku dibawa olehnya bersiar siar disekitar kawasan perindustrian tempat dia bekerja, di komplek membeli belah dan tempat makan. Semua urusan makan minum telah ditanggung olehnya. Aku rasa malu kerana pertama kali seorang wanita menanggung semua perbelanjaan makan minum kepadaku yang sebelum ini tidak pernah aku terima dari mana mana wanitapun. Banyak kenangan kami berdua sepanjang pertemuan sehari di situ. Aku tidak dapat melupakannya sehingga kini. Dialah wanita terbaik yang pernah aku temui sepanjang hidupku. Sebelum aku kembali, aku juga telah diberikan buah tangan untuk dibawa balik untuk keluargaku. Paling aku kagumi, dia telah bersalam sambil mencium tanganku seolah olah aku sudah kenal amat lama. Isteri dan anak anakku tidak pernah buat begitu kepadaku walau kami sudah lama bersama.
Dalam pada itu, hubungan kami semakin rapat walau banyak dugaan dan rintangan sepanjang percintaan kami. Aku sudah mula mencintainya hari demi hari. Kami merancang untuk pertemuan seterusnya. Dia sanggup datang ditempatku dan aku senang bertemu dengannya. Sehingga saat ini sudah tiga kali dia datang ketempatku bertemuku. Dia menginap di hotel dan aku mengunjunginya sepanjang kedatangannya. Setiap kali pertemuan, aku tetap memadu kasih bersamanya dan aku tidak dapat melupakannya walau sesaat. Cintaku semakin unggul dengan hubungan intim yang telah kami lakukan bersama. Walau pelbagai perselisihan telah berlaku hampir setiap kali dan berkali kali, namun aku tetap tidak dapat melupakannya walau sesaat. Aku sudah tidak peduli dengan ujian yang telah dia buat kepadaku walau rasa pedih sekalipun namun tetap aku telan habis apa yang dia buat padaku. Semuanya adalah kerana cintaku padanya sampai akhir hayat. Walau pada mulanya dia meminta untuk putuskan hubungan tetapi aku tetap dengan pendirianku, tetap tidak berubah dengan keputusanku. Akhirnya, aku telah membuat pertemuan dengan datang ketempatnya. Kenangan indah pertemuan pertama dulu mengingatkan aku menunggunya ditempat yang sama waktu ini. Walau pada ketika itu, kulihat dirinya tidak ceria untuk teruskan hubungan denganku, akhirnya dengan Kuasa Allah, aku dapat berbaik semula dengannya. Aku menginap di hotel bersamanya. Banyak kenangan teramat indah bersamanya kerana pertama kali aku bagai sepasang suami isteri yang sedang berbulan madu. Aku amat gembira sekali sepanjang pertemuan tersebut. Tidak dapat aku nak luahkan lagi bagaimana perasaanku ketika itu. Aku amat berharap selepas ini jika rezeki sudah cukup, aku akan melamarnya sebagai permaisuriku walau ada dugaan lain yang perlu aku tempohi selepas ini. Aku akan cuba yang terbaik demi cintaku padanya. Aku ingin menggembirakan hatinya sedikit demi sedikit sehingga dia benar benar rasa bahagia bersamaku. Aku amat mengharapkan agar dirinya juga akan mencintaiku walau satu ketika dulu cintanya telah hilang. Aku mahu dia dapatkan kembali cinta kami yang telah hilang. Aku tetap sabar walau lama manapun untuk dia benar benar yakin kepadaku. Aku sudah mula merasakanya sekarang dan aku harap diapun begitu juga. Betapa nikmatnya cinta ini sehingga aku tidak sanggup untuk berpisah dengannya. Aku sentiasa rindu, sayang dan cinta sepanjang masa. Aku harap selepas ini, tiada persengketaan lagi berlaku dalam hubungan kami. Aku ingin membahagiakannya sepanjang masa walau dalam keadaan susah dan senang sekalipun. Percayalah sayang, demi cintaku padamu, aku sanggup buat apa saja asalkan kita bahagia. Semoga coretan hatiku ini dapat dibaca dan dinikmati bersama wahai kekasihku Z.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan