Sebagai seorang manusia memang tidak lari dari perasaan cemburu.
Cemburu sebenar patut ada pada semua insan....tapi cemburu buta jangan sesekali.
Cemburu kerana kita sayang seseorang memang patut ada pada jiwa semua insan....tapi cemburu buta tidak patut ada jika ianya boleh menghancurkan segala masa depan seseorang.
Cemburu pasti akan lahir secara tiba tiba jika kita rasakan sayang pada seseorang.
Cemburu juga boleh menghancurkan masa depan seseorang jika ianya berkaitan dengan perbezaan darjat dan harta seseorang.
Semua insan yang mempunyai darjat dan harta selalunya akan cuba untuk melemahkan seseorang yang bukan dari golongan tersebut.
Seseorang yang lemah biasanya akan lupa diri jika tidak sedar akan apa yang berlaku.
Apa yang paling ditakuti adalah sikap manusia boleh berubah jika biasanya susah tiba tiba ada kesenangan muncul dengan tiba tiba.
Biasanya kesenangan tersebut datang dari golongan yang sudah ada darjat dan harta yang akan mempengaruhi mereka yang lemah sehinggakan lupa akan segalanya.
Jika seseorang yang lemah itu suka melayan dan menerima segala hasutan tersebut, maka lupalah apa saja yang berlaku sebelumnya samaada ianya sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih hati.
Perubahan ini boleh berlaku jika kita lemah dengan dugaan ini dan apa yang pernah dirancangkan sebelumnya boleh hancur secara tiba tiba.
Setiap pasangan akan merasakan perasaan cemburu dalam semua perkara tersebut.
Perlu diingat, jika iman kita kuat, cinta kita kuat pada kekasih kita, apa saja dugaan seperti ini pasti dapat dihadapi.
Kita harus berhati hati dengan setiap ayat ayat mereka yang inginkan sesuatu dari kita yang lemah kerana mereka boleh buat apa saja dengan kedudukan dan harta.
Biar kita kaya dengan iman dan kasih sayang tetapi jangan kemaruk dengan harta yang berlimpah limpah sehingga sanggup melupakan kesusahan insan lain yang sama sama susah sebelumnya.
Harta boleh dicari bila bila tetapi kasih sayang amat sukar didapati dalam sekelip mata.
Harta boleh dapat segera tetapi akan hilang segera.....tapi kasih sayang tidak boleh didapati dengan segera kerana yang segera akan hilang segera.
Kesimpulannya, setiap kasih sayang perlukan pengorbanan dan kesabaran dari kesusahan hinggalah dapat kesenangan. Sifat cemburu akan selalu terasa bila hati pasangan sudah menyayangi antara satu sama lain. Cemburu yang mengingatkan pasangan masing masing adalah tanda kasih sayang yang sejati. Inilah yang dikatakan CEMBURU TANDANYA SAYANG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan