Setelah aku diterima masuk AFATS, aku telah menjalani majlis suai kenal selama lebih kurang sebulan. Dalam masa itu aku terpaksa menurut apa saja kata abang abangku disamping mengikut jadual kelas seharianku. Jadual seharian amatlah ketat kerana ditambah dengan bulan suai kenal yang sedia ada. Kami semua wajib ikut kedua dua jadual yang disediakan. Semua jadual wajib dipatuhi tanpa ingkar. Jika ingkar, denda yang lebih teruk akan dikenakan.
Pagi pagi lagi kami wajib bangun awal sebelum waktu subuh. Semua mesti wajib solat berjemaah di surau yang berdekatan. Siapa yang ingkar akan dikenakan denda. Bagiku tiada masaalah untuk bangun awal dan solat. Selepas solat Subuh, kami terpaksa berbaris untuk pergi sarapan pagi di dewan makan berhampiran. Siapa yang lambat juga akan didenda. Selesai sarapan pagi, semua buat persiapan untuk ke kelas pagi. Sebelum ke kelas pagi, kami semua wajib baris dan mesti cukup semua anggota tanpa lewat. Jika ada yang terlewat kami juga akan kena denda semua sekali. Bila sudah berada di kelas, kami terpaksa ikut jadual pelajaran yang diberikan seperti sekolah menengah lain. Kami belajar mata pelajaran seperti diajar dalam tingkatan empat untuk tahun pertama. waktu belajar kami dari pagi sehingga tengahari. Waktu tengahari kami rehat makan, mandi dan solat Zohor. Pada waktu petang, kami ada aktiviti sukan yang termasuk dalam jadual majlis suai kenal. Sebelum waktu senja, kami berhenti rehat, mandi solat Asar dan solat Maghrib. Selepas Maghrib kami rehat dan solat Isyak. Selepas solat Isyak, majlis suai kenal diteruskan sehingga jam 10 malam. Pelbagai cara mereka kenakan untuk tujuan mendisiplinkan diri dalam semua perkara. Mana yang tak tahan akan menangislah. Aku boleh ikut semuanya kerana jika kita ingkar, lagi teruk kita akan rasakan. Jika kita ikut saja kata mereka, kita tidak akan rasa susah untuk melakukannya. Selama sebulan, aku dapat melaksanakan majlis tersebut dengan tanpa sebarang masaalah walau terasa perit melakukannya, namun aku tetap tabah menghadapinya.
Setelah selesai majlis tersebut, jadual harian seterusnya adalah, pagi macam biasa masuk kelas dari pagi hingga tengahari setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu dari pagi hingga tengahari, ada aktiviti ketenteraan setiap minggu. Setiap minggu hari Jumaat, kami wajib ke masjid berhampiran untuk solat Jumaat. Kelas malam dari hari Isnin hingga Jumaat selepas Isyak hingga waktu tidur. Jam 10 malam mesti tutup lampu untuk waktu tidur. Hari Ahad cuti tetapi hanya dibenarkan keluar kemana mana pekan Port Dickson setiap dua minggu sekali. Jika tidak boleh keluar hari minggu, kami hanya boleh melakukan aktiviti bebas di asrama kediaman kami. Bagiku semua itu adalah baik untuk mendisiplinkan diri dalam semua perkara. Aku rasa banyak perubahan terhadap diriku setelah memasuki AFATS.
Dalam tahun pertama, selain dari mengikut jadual yang ditetapkan, setiap cuti penggal persekolahan, kami juga boleh balik kampung. Itulah saat yang paling gembira dalam hidupku dan rakan yang lain. kami diberi waran percuma menaiki keretapi atau bas. Saat itulah aku rasakan amat bangga bila orang kampung lihat diriku banyak berubah. Aku menghabiskan masaku dengan mengunjungi rumah sanak saudara yang ada sambil bertanyakan khabar. Apabila cuti penggalku tamat, aku terpaksa balik semula ke AFATS untuk meneruskan pengajian seperti yang dijadualkan.
Dalam pelajaran akademik, samalah guru yang mengajarku matapelajaran seperti sekolah menengah. Apa yang lebihnya, setiap hari Sabtu, kami telah mempelajari bidang ketenteraan selama dua tahun pengajian. Setiap hujung tahun, cuti akhir penggal, AFATS telah mengadakan perkhemahan tahunan di mana mana tempat yang dirancangkan. Untuk tahun pertama, perkhemahan tersebut telah buat di Batu Feringgi Pulau Pinang selama dua minggu. Disamping mempelajari aspek ketenteraan, kami turut gembira kerana dapat melawat sekitar Pulau Pinang. Apa tidaknya, jarang dapat keluar bandar sesekali dapat keluar memang cukup gembira. Setelah tamat pengajian tahun pertama, kami meneruskan tahun kedua dengan matapelajaran tingkatan lima pula. Jadual mingguan tetap sama dan kami dibenarkan untuk mengendalikan majlis suai kenal untuk penuntut baru seperti yang pernah kami lalui sebelumnya. Bagi kami, kelas akademik wajib diikuti seperti biasa, cuma sementara ada majlis suai kenal tersebut, kami terlibat sebagai pengendalinya. Dulu kena ikut tapi sekarang mereka kena ikut cakap kita. Semuanya hanyalah untuk mendisiplinkan kita sahaja. Seperti mana biasanya cuti penggal persekolahan, aku dan rakan lain diberi cuti untuk balik kampung. Pengalaman yang sama telah dilalui sebelumnya. Samalah dengan adik adik yang lain. Untuk cuti selepas selesai SPM, kami telah dihantar untuk aktiviti perkhemahan di kawasan berhampiran Gunung Kinabalu Sabah selama dua minggu juga. Satu kenangan lebih menggembirakan kerana dapat pergi lebih jauh dengan menaiki kapal terbang. Semua kenangan di AFATS memang satu kenangan yang cukup istimewa tanpa didapati di tempat lain. Banyak lagi aktiviti lain yang berlaku di sini seperti Perbarisan Hari Kebangsaan, lawatan, majlis makan malam, hari terbuka dan lain lain lagi.
Sebagai menamatkan pengajian kami di sini, satu majlis Perbarisan Tamat latihan AFATS akan diadakan setap tahun. Biasanya diadakan selepas keputusan SPM diumumkan. Waktu itu, keputusan SPM aku tidaklah begitu baik tetapi boleh meneruskan pengajian seterusnya di mana mana cabang ATM samaada TD, TLDM dan TUDM. Semasa majlis Tamat Latihan AFATS, semua ibubapa telah dijemput hadir. Aku rasa sangat gembira sekali dapat bertemu kedua orang tuaku disini. Mereka telah ditempatkan dibilik khas selama satu malam sehingga majlis berlangsung pagi esoknya. Mereka juga datang diberi waran percuma, tempat tinggal dan makan percuma. Satu kenangan indah bagi mereka yang datang dari kampung. Setelah majlis Tamat Latihan selesai, masing masing kami semua tahu akan dihantar ke mana mana. Aku telah dapat diterima masuk ke TUDM dan selepas tamat bercuti, aku melapurkan diri ke Institut Teknologi Udara di Kinrara KL. Disana aku telah mengikuti pengajian asas dalam bidang Kejuruteraan Kapalterbang selama setahun. Pada tahun kedua, aku telah bertukar bidang Pentadbiran pula yang terus menjadi tugasan harianku. Akanku ceritakan lagi nanti kisahku di tempat lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan