Selasa, 1 Februari 2011

KISAH SILAM SEMASA AWAL PERSEKOLAHANKU:

Semasa awal persekolahanku, hatiku sentiasa berdebar kerana aku seorang yang amat penakut. Arwah bapaku menghantarku dengan basikal tuanya kesekolah dan menunggu aku diluar bilik darjah sekolah tersebut. Pada waktu itu, aku hanya dibekalkan dengan papan batu yang waktu itu masih menggunakannya disekolah rendah. Aku telah ditemani oleh arwah bapaku selama sebulan kerana aku memang seorang yang penakut. Jika arwah bapaku tiada berhampiran dengan bilik darjah, aku terus mencarinya dan menangis. Begitulah seterusnya, sehingga arwah datoku juga silih berganti menungguku disitu. Memang aku seorang yang penakut dengan orang lain. Itulah realitinya selama dua bulan mereka menunggu baru aku berani berkawan.

Apabila aku sudah mula berani, aku sering disukai oleh guru dan murid lain. Setiap tahun aku dilantik menjadi ketua darjah. Apabila sudah ada tanggung jawab, aku semakin berani bergaul dengan mereka tetapi perasaan malu masih ada pada diri ini. Aku memang cukup malu dengan kaum wanita. Itu memang perasaan semula jadi yang lahir sejak aku dilahirkan. Jika kaum wanita itu bukan dari darah dagingku, aku memang rasa begitu. Aku cuba melarikan diri dari mereka jika ada yang cuba menyukaiku. Aku memang sangat pemalu. Sifat maluku waktu itu memang bukan dibuat buat. Memang realiti. Penakut mulanya, bila sudah berani jadi pemalu pula.

Semasa aku dalam darjah lima dan enam, aku aktif dalam sukan olahraga. Aku sering mewakili sekolah dalam pelbagai acara olahraga. Aku sering dibawa oleh pihak sekolah ke merata sekolah untuk mewakili pelbagai acara olahraga. Banyak pingat kemenangan tersimpan di rumah kampung asalku. Semuanya telah menjadi kenangan silam semasa awal persekolahanku. Takut jadi berani, berani jadi malu, malu malupun dapat wakil sukan sekolah. Jika diingat waktu sepi kenangan tersebut, jelas terbayang aku rindukan diawal alam persekolahan dulu. Semua kenangan tersebut masih boleh diingat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan