Isnin, 7 Februari 2011

KISAH DULU DAN SEKARANG DI LSA

Awal 1996, aku mendapat peluang untuk berkongsi perniagaan secara berkumpulan di LSA Ipoh. Satu perniagaan yang berkaitan dengan pengajaran yang melahirkan pemandu berhemah disamping dapat membantu masyarakat untuk mendapatkan lesen memandu secara sah. Untuk percubaan aku cuba secara sambilan disamping melakukan kerja kerja yang tetap di TUDM. Aku ingat dapat dilakukan secara sambilan tetapi memandangkan tugas di TUDM amat sebok sehingga tidak dapat melakukan sebarang tugas sambilan dimana mana, aku berfikir samaada ingin teruskan dalam TUDM atau tidak atau ceburi secara sepenuh masa dalam perniagaan tersebut. Aku cuba dapatkan khidmat nasihat dari kumpulan penyokong LSA. Akhirnya aku mengambil satu keputusan untuk tamatkan perkhidmatan dengan TUDM dan terus menceburi diri sepenuh masa dengan kumpulan LSA.

Awal 1997, aku telah mengikuti kursus peralihan dan pengurusan sekolah memandu serta QTI selama enam bulan. Selepas itu aku diberi tauliah sebagai Jurulatih Memandu Berkelayakan (QTI) dan telah diberikan permit untuk menjalankan perniagaan tersebut. Ogos 1997, aku telah menamatkan perkhidmatan dalam TUDM dan aku bergiat cergas secara sepenuh masa dalam perkara tersebut. Memandangkan aku mempunyai kepakaran dalam mengendalikan ceramah motivasi dan kaunseling, aku ditugaskan mengendalikanya mengikut jadual yang duiperlukan di LSA. Jika tiada taklimat tersebut, aku akan menguruskan calun calun dibawah pengurusanku samaada ingin mengambil kursus, belajar, ujian dan urusan lesen memandu. Jika jadualku tiada taklimat, aku akan mengajar dan buat penilaian (QTI) mengikut jadual yang dikeluarkan setiap bulan. Jika ada pihak lain minta bantuan dariku, aku akan tolong samaada mengajar atau yang beraitan. Begitulah tugasan harianku bebas dari segala arahan, akulah Boss dan akulah kulinya. Semua tugasan biasanya bermula dari awal pagi hingga petang mengikut keperluan. Aku lebih suka keluar awal pagi yang mana belum ada siapapun datang ke pejabat LSA waktu itu. Dari dulu lagi aku sudah biasa dengan keadaan begitu. Alhamdullillah, rezeki ada dimana mana saja. Jika ingin bercuti, aku hanya aturkan dengan calun calun yang kebetulan ada waktu itu. Semua ditanggung beres tanpa sebarang masaalah. Aku rasa tiada tekanan seperti dalam kerja TUDM dulu. Masaalahku hanya dengan calun calun yang ada sahaja. Kadangkala adalah sedikit dengan pihak JPJ tetapi pengalamanku dalam pengurusan kerajaan, segala masaalah dengan JPJ dapat diselesaikan segera. Aku tidak gentar dan takut dalam semua perkara tersebut.

Dalam status calun yang pernahku kendalikan, semuanya terdiri dari seawal usia 16 tahun sehingga seawal usia bersara. Mereka terdiri dari pelajar sekolah, IPTA/IPTS, pekerja mahir/separuh mahir, guru, doktor, jururawat, jurutera, pensyarah dan pelbagai lagi. Banyak pengalaman pelbagai dari situasi mengajar mereka. Ada yang amat teruk, sederhana dan senang ajar. Golongan yang paling susah di ajar adalah dari golongan guru dan jururawat. Mengapa? Kerana mereka terlalu ego dengan diri mereka sendiri. Bagiku apabila mengajar amat tegas sekali. Samaada mereka boleh terima atau tidak pada mulanya tetapi akhirnya mereka akan dapat terima juga. Jika kita ingin dapatkan ilmu dari seseorang, lupakan status siapa diri kita. Jika tidak, apapun ilmu yang kita ingin dapatkan tidak akan dapat sepenuhnya. Selalunya aku akan bersihkan dulu minda mereka dari perkara keegoan. Jika semuanya bersih, semua ilmu baru akan dapat diterapkan kedalam minda mereka. Itulah caraku bila menyampaikan ilmu kepada mereka semua. Lain orang lain caranya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan