Sabtu, 26 Februari 2011

KISAH CINTA SATU JASAD DUA JIWA BUAT KEKASIHKU TERSAYANG...

Aku hanyalah seorang insan yang tidak pernah mengerti apa itu erti cinta sebenarnya. Bila aku dapat berkenalan dengan seorang gadis tanpa pertemuan lagi, aku tidak tahu yang gadis tersebut ada menaruh hati terhadapku. Walau perbagai alasan telah aku berikan rupanya gadis tersebut simpati kepadaku. Aku ingin memaparkan kisah gadis tersebut yang berjiwa A dan berjiwa Z. Kedua duanya adalah dalam satu jasad cuma dua jiwa yang berbeza yang mana A berjiwa kurang baik manakala Z adalah yang terbaik. Kisah kami amatlah unik walau banyak dugaan dan rintangan telah kami lalui bersama. Kadang kadang aku rasa hairan mengapa ada insan sanggup meletakkan nama yang bukan nama sebenar untuk insan lain mengenalinya. Aku tidak kisah walau itu bukan nama sebenarnya tapi aku tahu nanti satu ketika ianya akan menjadi satu perkara yang buruk bila berlaku sesuatu yang tidak baik. Sebenarnya aku tahu nama sebenarnya tetapi dia tidak mahu menyebut nama sebenar bila bersamaku. Rakan rakan yang lain memang tidak tahu siapa A sebenarnya kerana apa yang sebenarnya dia adalah Z. Hanya aku seorang yang menjadi mangsa permainan perasaan darinya rupanya. Dalam kisah ini aku ingin nyatakan siapa jiwa A dan Z.

Insan yang berjiwa A memang dia kenalkan nama itu sejak aku berkenalan dengannya. Dia senang dengan nama itu kerana mudah untuknya membuat sesuatu yang tidak baik kepada diriku. Bila perkara buruk berlaku, maka dia tidak akan terlibat dan tidaklah dia rasa bersalah kerana bukan nama sebenarnya. Dia mudah buat apa saja denganku tanpa memikirkan perasaanku. Insan ini pada mulanya memanng pandai ambil hatiku tetapi sudah lama banyak mencari masaalah denganku. Aku menjadi mangsa penipuan perasaan kerana dia sebenarnya tidak jujur dan ikhlas dalam percintaan kami. Banyak perkara sulit berlaku untuk aku hadapi bersamanya. Dalam masa baik tiba tiba jadi buruk hampir setiap masa aku menjadi mangsanya. Aku amat teruji dengan permainannya walau aku sabar menghadapinya. Dalam baik tiba tiba kami sering bertengkar kemudian baik lagi dan bertengkar lagi. Itulah situasi hubungan kami sejak berbulan bulan lamanya. Aku memanglah seorang yang penyabar tetapi adakala aku seperti dibodohkan olehnya. Walau apapun aku tetap setia padanya kerana jasadnya masih ada yang terbaik pada jiwa yang lain. Aku tidak pernah menyerah kalah dalam permainan tersebut.

Insan yang berjiwa Z memang aku kagumi. Dalam jasadnya mana mana perkara yang baik adalah datangnya dari jiwa ini kerana jiwa ini adalah jiwa tulin yang lahir sejak dia dilahirkan lagi. Amat berbeza dari jiwa A yang lahir semasa dia mengenal untuk diriku sahaja. Jiwa Z memanglah seorang insan yang terbaik pernah aku jumpa. Budi jasanya sehingga hari ini masih belum dapat aku balas. Dia berjiwa penyayang, jujur, ikhlas dan setiasa mengasihani. Aku amat kagum dengannya. Hatiku sudah mencintainya sejak aku bertemu dengannya. Aku tahu dia juga rasa begitu tetapi bila ada hasutan dari jiwa A, cinta yang pernah kami semai telah hilang. Memang jahat hasutan jiwa A ini. Sejak aku kenal dengannya, sudah lebih lima kali aku bertemu dengannya. Banyak kenangan indah bersamanya tak dapat aku lupakan. Mana tidaknya, kami bagai suami isteri bila bertemu. Perasaan rindu, sayang dan cinta takan pernah luntur sehingga akhir hayat. Aku berjanji akan tetap membahagiakannya walau pelbagai rintangan melanda. Cuma yang aku takut bila jiwa A menghasut semuanya akan jadi cacamarba. Aku juga telah mendapat petunjuk baru baru ini darinya mengenai laluan perjalanan ke rumah keluarganya. Aku tahu jika kita benar benar ikhlas, maka petunjuk tetap ada walau ada jiwa yang cuba menghalangnya. Aku tidak bimbang lagi walau jiwa A menghasutnya namun aku akan cuba selesaikan secara baik dengan ahli keluarganya nanti. Aku sedia berkorban apa saja demi cinta kami yang suci ini. Kami tidak mahu dipisahkan lagi walau ada jiwa yang menghasutnya dan ada insan yang cuba ingin menghancurkannya. Susah dan senang tetap kami lalui bersama walau pelbagai rintangan melanda. Insan yang berjiwa Z ini tetap menjadi pilihan hatiku sekarang.

Aku telah ambil keputusan selepas ini bahawa aku tidak mahu lagi menjadi mangsa permainan cinta palsu dari insan berjiwa A. Aku ingin terus menumpukan perhatian terhadap insan yang berjiwa Z sampai akhir hayatku. Aku sangat sayang padanya dan aku rasa tenang bila bersamanya. Berlainan dengan insan yang berjiwa A sentiasa menimbulkan masaalah dan aku tetap menjadi mangsa dan sentiasa dipersalahkan. Aku tidak peduli semua itu kerana dalam jasadnya ada dua jiwa yang tak baik dengan terbaik. Aku tetap pilih yang terbaik kerana jiwaku akan tenang dengannya manakala yang tak baik akan sentiasa merisaukan, menyakiti dan disakiti hati ini. Aku tetap bahagia bersama insan berjiwa Z. Percayalah sayangku, InsaAllah aku akan tetap membahagiakanmu satu hari nanti walau ada pelbagai hasutan. Terima kasih sayangku kerana sudi mendengar rintihanku ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan